Jauhari di sanubari anda...

"Andai Islam itu seperti bangunan usang yang hampir roboh, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" : Hasan al-Banna

 
AHLAN
KASYFUL QULUB


Get ISLAMIC-Graphics
TAQWIM HIJRAH
KALENDAR

Free Blog Content

DEMI MASA
PANGGILAN ILAHI
TAUTAN MAHABBAH
HIWAR

Free chat widget @ ShoutMix
.
JUMLAH PELAWAT
ONLINE
PUJUK YANG MERAJUK
30 July 2009

Renungan ini sesuai bagi yang mahu dan sudah berumahtangga .. Renungkannya baik-baik…baca dulu baru fikirkan…Untuk renungan bersama……

Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan. Adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahunya. Namun, merekalah insan yang terhampir teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i ) Psst…. Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ? Andainya emosi, belailah emosi itu dan jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal ? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang…… buat selamba di mana lambat laun, gelombang akan tenang seterusnya air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas….. kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar ” Sayang abang tak ulang lagi “ katakan ” Sayang….abang alpa “ bisikkan ” Darling.. I lupa..” hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi… kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )Arghh…Tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya ” Seabadi permata…. segermelapan intan ” … sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh… peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir… permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah ” Duhai isteriku… marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri,istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini.”

( iii ) Puuuh… Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati. Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan ‘body’ kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

( iv ) Uhhh…. Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara ‘indirect’ dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baikbukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri ” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita… lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? “

( v ) Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita. Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya… Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti : Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri… tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu….. seorang isteri.

posted by jauhar @ 1:08:00 PM  
Mencetak generasi Salahuddin Al-Ayyubi
Ilmu kerohanian yang berkembang seiring amalan kerohanian yang kuat adalah antara ramuan yang perlu diadun dengan harapan masyarakat Islam pada zaman datang akan lebih berupaya menterjemahkan kemenangan sebagai yang dijanjikan Tuhan lewat lidah rasulNya yang mulia.Hal inilah yang menjadi sebab utama kepada pembebasan di bumi Palestin. Kini, bumi yang masih diratah penjajahan Yahudi Zionis itu masih mengaum kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin.Matlamat umat Islam akhir zaman ini ialah barangkali mengarahkan seluruh kekuatannya ke arah kemerdekaan bumi Palestin tanpa mengesampingkan isu-isu lainnya di selatan Thai, Filipina dan wilayah-wilayah yang lain.

Salah seorang watak pembebasan Palestin yang terkenal adalah Salahuddin al-Ayyubi. Sebenarnya, manusia agung seperti Salahuddin ini tidak muncul mendadak. Ada seseorang berada di belakangnya yang turut memberikan ruang untuk kefahaman diri tentang betapa pentingnya usaha membebaskan bumi Palestin itu.

Manusia yang telah mencetak Salahuddin sebagai wira agung itu bernama Nuruddin Zanki. Pemerintah inilah yang telah pun mengisi ke dalam ruang batinnya untuk memberikan penjelasan kepada Salahuddin agar membebaskan Masjid al-Aqsa.

Riwayat Nuruddin tamat ketika baginda belum sempat menyaksikan kemerdekaan Palestin. Waris Nuruddin, as-Salih Ismail al-Malik masih kecil ketika itu. Dan, waris Nuruddin juga tidak berusia panjang.

Kebangkitan Salahuddin

Sebagai lelaki biasa, Salahuddin dan bala tenteranya pernah tewas di tangan musuh. Hal ini bukanlah suatu keganjilan jika diperhatikan betapa banyaknya pertempuran di yang menyaksikan kekekalahan dalam perang antara umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.

Namun kekalahan itu bukan titik noktah bagi watak seperti Salahuddin ini untuk segera menamatkan usaha merebut kembali Palestin. Dalam Perang Montgisard pada 1177, misalnya, bala tentera Islam ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar atau dikenali sebagai Tentera Salib.

Namun, selepas tamat Perang Hattin, Salahuddin berjaya merebut kembali hampir kesemua kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan kembali Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai England melalui cukai khas yang dikenali sebagai ‘Cukai Salahuddin’.

Tentera kufar ini tidak berdiam diri. Akhirnya, mereka berjaya menawan semula Acre, dan tentera Islam memerangi semula tentera Raja Richard I dari England (dikenali sebagai Richard The Lion Heart) dalam Perang Arsuf pada 1191.

Baitulmaqdis berada selama 88 tahun dalam genggaman musuh Islam sebelum berpindah ke kuasaan Salahuddin. Kini semenjak 1948 sehingga 2009, daerah yang bergolak ini telah menyaksikan darah pejuang Islam menggelegak selama 61 tahun.

Adakah kita ada kira-kira 30 tahun lagi untuk merebut ketuanan ke atas wilayah itu menjelang 2040 atau 2050?

Sejauhmanakah kita telah menyalakan kempen secara besar-besaran dalam kalangan negara-negara Islam untuk membebaskan Al-Quds bersama wilayah-wilayah Muslim di belahan benua dan dunia lain yang turut sama tertindas?

Mengulas kebangkitan Salahuddin dan tenteranya sebagai watak pejuang agama dan pembebasan wilayah yang dijajah, Ketua Biro Penataran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, watak-watak pejuang pembebasan ini perlu terlebih dahulu disemai dengan usaha memupuk benih kerohanian ke dalam jiwa mereka.

“Sempena Muktamar Abim yang berlangsung Ogos ini, kami cuba menggali semula jejak-jejak khazanah kerohanian yang lama ditinggalkan. Ini intipati kekuatan Islam sebenarnya yang dimiliki oleh Salahuddin dan tenteranya,” kata beliau.

Selain itu, tambah Mohamad Raimi, umat Islam tidak boleh melupakan peranan dan sumbangan ramai tokoh ulama kerohanian yang turut menyumbang pemikiran dalam proses peningkatan kerohanian pada zaman kebangkitan penguasa Palestin.

“Ulamak-ulamak seperti Imam Abu Hamid Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Ibnu Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain barisan ulamak muktabar telah banyak mempengaruhi kerohanian umat Islam pada zaman tersebut.

“Jadi, ringkasnya, dalam rangka kerja untuk membebaskan Palestin, kita perlu meletakkan agenda rohani di depan sebagai matlamatnya,” tambah beliau lagi.

Sebenarnya, umat Islam tidak pernah miskin dengan barisan ulamak kerohanian. Sejumlah nama-nama ulamak besar lain yang berjaya melakukan revolusi mental ke arah perubahan pemikiran dan pendidikan umat ini tidak wajarlah dilupakan.

Dalam kalangan mereka, adalah pengasas tarekat yang mencetak watak-watak penguasa yang akhirnya kuat menjaga disiplin rohani mereka sendiri.

sumber: http://darululumonline.wordpress.com/2009/07/28/mencetak-generasi-salahuddin-al-ayyubi/

posted by jauhar @ 1:00:00 PM  
Mengenang kembali zaman gerakan Islam ditekan

SELEPAS demonstrasi mahasiswa tahun 1974, ketika itu Anwar Ibrahim dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pucuk pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) jatuh ke atas bahu Ustaz Fadzil Nor, ketika itu seorang pensyarah agama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Gurney.Pada masa itu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipimpin Asri Muda, berada dalam Barisan Nasional.Obor panji-panji gerakan Islam ketika itu dipegang oleh ABIM. Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang mengetuai Barisan Nasional pula sedang bergolak. Kepimpinan Razak Hussein sedang dicabar oleh Harun Idris. Pemergian beliau menjadikan keadaan politik bertambah buruk. Hussein Onn mewarisi masalah politik ini.

PAS pula yang selesa berada dalam Barisan Nasional sudah dijauhi oleh anak-anak muda khususnya mahasisiwa. Bagi mereka yang jemu dengan politik Barisan Nasional memikirkan bahawa pembaharuan politik hanya ada pada Islam.

Sosialisme sudah tidak menarik bagi anak-anak muda Melayu. Kegagalan kerajaan-kerajaan sosialis memberi kemakmuran kepada rakyatnya dan sifat mereka yang menindas di Indonesia, Mesir dan lain-lain negara mendorong anak-anak muda Islam melihat kembali kepada agamanya.

Kerajaan sosialis Mesir menindas Ikhwanul Muslimin. Di Indonesia, kerajaan Suharto menekan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Di atas platfom ABIM, anak-anak muda melancarkan perjuangan gerakan Islam. Di kampus-kampus, perbincangan diadakan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpusat di surau-surau asrama. UTM, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi tempat timbulnya pergerakan baru ini.

Dalam kesibukan bekerjanya, Ustaz Fadzil turut berkempen memperjuangan usaha membebaskan Anwar daripada tahanan ISA.

Tidak bebas bergerak

Anak-anak muda di kampus ini tidak bebas bergerak. Walaupun mereka berjaya mendapat sokongan mahasiswa melalui gerak kerja tersusun hingga menguasai Persatuan Mahasiswa Islam dan Persatuan Mahasiswa Universiti, aktiviti mereka ditekan. Antara tindakan pihak berkuasa ialah memindahkan Ustaz Fadzil ke Sabah untuk mengurangkan kesan perjuangannya.

Pada tahun-tahun akhir 1970-an itu, Umno yang di dalamnya tetap bergolak mempunyai cita-cita untuk merampas Kelantan daripada PAS. Seorang pemimpin muda Umno yang bercita-cita tinggi turut ingin membuktikan kewibawaannya dengan projek bagi menawan kembali Kelantan. Umno sebagai rakan kerajaan campuran dalam Barisan Nasional Kelantan yang dipimpin PAS tidak berpuas hati dengan kedudukannya.

Pemimpin muda itu ialah Razaleigh Hamzah yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Umno sedangkan Hussein memberi laluan kepada Mahathir Mohamad. Mengapa kalau Umno percaya kepada kepentingan Melayu dan perpaduannya tidak komited untuk mempertahankan PAS dalam Barisan Nasional? Mereka mencari peluang untuk mendapatkan kembali Kelantan.

Peluang itu terbuka apabila dalam PAS, yang ketika itu sudah selesa berada dalam kerajaan berlaku rebutan kedudukan bagi jawatan Menteri Besar Kelantan.

Peluang inilah yang diambilnya. Mereka menyokong pihak yang menentang pucuk pimpinan PAS. Biasalah dalam politik, memecahkan pihak lawan dengan mengadu-domba. Hussein dan Razaleigh menyokong Mohamad Nasir untuk menentang ketuanya, Asri. Oleh kerana PAS tidak mahu tunduk, Barisan Nasional melalui Umno menendang keluar PAS.

Maka berlakulah kekecohan dalam politik Kelantan tetapi akhirnya setelah semuanya selesai, PAS mendapati dirinya menjadi pembangkang, bukan saja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di Kelantan.

Tetapi yang menjadi Menteri Besar bukannya daripada kalangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pimpinan Mohamad Nasir, parti yang menggantikan PAS dalam Barisan Nasional. Setelah melalui pilihan raya negeri yang didahului dengan darurat, Kelantan berjaya dirampas oleh Umno.

Ketika PAS berada di luar Barisan Nasional, tekanan terhadap gerakan Islam meningkat. Berapa banyak pemimpin PAS yang ditahan ISA sejak parti itu keluar daripada Barisan Nasional? Penyusunan semula terhadap gerakan Islam berlaku selepas PAS ditendang keluar. Ia muncul sebagai wadah gerakan Islam yang utama.

Di bawah pimpinan Allahyarham Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Nor dan Ustaz Hadi Awang, PAS meredah onak dan duri yang ditaburkan oleh Umno.

Tidak semua yang dapat tahan mengharungi kesusahan-kesusahan yang ditanggung oleh PAS sebagai gerakan Islam yang ditekan oleh Umno yang memiliki jentera kerajaan.

Pada tempoh tahun-tahun 80-an, PAS dan Umno masing-masing tetap bergolak. Asri yang keluar PAS untuk memimpin Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada mulanya membawa partinya ke dalam Barisan Nasional akhirnya menyertai Umno itu sendiri.

Tokoh PAS seperti Nakhaie Ahmad dan Suhaimi Said juga menyertai Umno. Pada masa itu, ABIM sudah lama menyokong Umno mengikut jejak Anwar yang berjaya mencapai satu tahap lagi untuk menjadi presiden parti tersebut.

Tetapi di pihak Umno, pergolakan lebih hebat. Ia berpecah dua menjadi Umno Baru dan Semangat 46. Razaleigh yang berjaya merampas Kelantan untuk Umno akhirnya mengembalikan negerinya kepada PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990.

Maka Ustaz Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan. Antara program pertama beliau selepas menjadi ketua kerajaan negeri itu ialah mengunjungi pusara Allahyarham Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah. Ini kerana peristiwa Memali merupakan simbol tekanan yang diterima oleh gerakan Islam negara ini khususnya PAS.

Perjuangan PAS penuh dengan keperitan dan pengorbanan dan matlamatnya bukan untuk membawa pemimpin-pemimpinnya tinggal di banglo-banglo Putrajaya atau memandu Mercedes. PAS adalah gerakan Islam untuk rakyat tertindas dalam perjuangan mencari keredaan Ilahi._

posted by jauhar @ 12:55:00 PM  
Membongkar khasiat solat secara saintifik

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) untuk mengkajinya.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

“Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

“Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu,” katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

“Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun,” katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.


Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

“Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu,” katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

“Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Sujud

“Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah,” katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

“Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

“Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan,” katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

“Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan,” katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

“Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

“Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja,” katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

“Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman ’selamat pagi’ yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki,” katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

“Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat,” katanya.

posted by jauhar @ 12:42:00 PM  
KAWALAN KESELAMATAN SEMASA PINTU KAABAH DIBUKA




posted by jauhar @ 12:33:00 PM  
Keistimewaan Baitullah
Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.

Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.

Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.

Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.

Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.
posted by jauhar @ 12:28:00 PM  
Peruntuh Masjid Babri Peluk Islam

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ’suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.

posted by jauhar @ 12:22:00 PM  
ISA: Mengapa Majlis Fatwa tidak berani?
Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi.Kata beliau, mereka sepatutnya memberi panduan kepada rakyat dalam urusan-urusan yang melibatkan hukum.

Malangnya, kata beliau banyak fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tidak ada tindakan yang diambil.

“Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa,” katanya semasa dihubungi.

Tegasnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya sudah ke hadapan dalam memberi panduan kepada pemimpin tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti ikut mereka supaya integriti Majlis Fatwa itu dapat dipelihara.

Tambahnya, kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah.

“Jadi dalam sejarah ISA sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim.

“Saya rasa rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin apa yang rakyat akan buat pada 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA.
posted by jauhar @ 12:16:00 PM  
Nama-nama malam nisfu Sya’ban

Sebagian ulama menyebutkan bahwa malam nishfu sya’ban memiliki banyak nama, dan sudah menjadi maklum bahwa banyaknya nama menunjukkan kemulyaan yang mempunyai nama itu. Bahkan al Imam Abul Khoir Ath Thaliqani menyebutkan tidak kurang 22 nama nishfu sya’ban, diantaranya :

Lailatul Mubaarokah (Malam keberkahan)

Artinya malam itu sendiri memiliki keberkahan, atau karena makna dan rahasia yang terdapat didalamnya atau karena dekatnya malaikat kepada manusia pada malam itu.

Lailatul qismah (Malam pembagian)

Yaitu pembagian rizqi dan penentuan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang diriwayatkan dari ‘Atho’ bin Yasar, beliau berkata:

“Jika tiba malam nishfu sya’ban malaikat maut menghapus setiap nama orang yang ditakdir akan mati pada sya’ban itu sampai sya’ban yang akan datang, dan sesungguhnya seseorang berbuat kedholiman dan kekejian atau menikahi wanita atau menanam pepohonan padahal namanya telah dipindah dari (catatan) golongan orang-orang yang hidup ke dalam (catatan) golongan orang-orang mati dan tidak ada malam yang lebih mulia setelah malam Lailatul Qadr daripada malam nishfu sya’ban”

Lailatut Takfiir (Malam pengguguran dosa)

Al Imam Taqiyuddin As Subki RA menyebutkan dalam tafsirnya bahwasanya malam nishfu sya’ban menggugurkan dosa selama setahun dan malam jum’at menggugurkan dosa sepekan dan malam lailatul qadr menggugurkan dosa seumur hidup.

Lailatul Ijaabah (Malam pengabulan doa)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, beliau berkata :

“Terdapat lima malam yang tidak akan tertolak doa ( si hamba ), yaitu malam jum’at, awal malam bulan rajab, malam nishfu sya’ban, malam lailatul qadr dan dua malam hari raya (Idul Fitri dan Idul Adha).

Lailatu ‘iidil malaaikah (malam hari raya malaikat)

Al Imam Abu Abdillah Thohir bin Kuhammad bin Ahmad al Haddadi ra menyebutkan dalam kitabnya ‘Uyuunul Majaalis :

“ Sesungguhnya para malaikat di langit mempunyai dua hari raya sebagaimana kaum muslimin, adapun hari raya malaikat adalah malam nishfu sya’ban dan malam lailatul qadr sedangkan hari raya muslimin adalah idul fitri dan idul adha. Hari raya malaikat malam hari karena mereka tidak tidur, jadi siang dan malam sama di hadapan mereka, sedang hari raya muslimin pada siang hari karena malam adalah waktu mereka tidur dan beristirahat “.

Lailatusy Syafa’ah (Malam pemberian syafa’at)

Nama ini diberikan oleh al Imam Abu Manshur Muhammad bin Abdillah al Hakim an Naisaaburi dan ulama lainnya.

Lailatul Baraa ah (malam pembebasan)

Yang dimaksud adalah dibebaskan dari neraka Allah, yang demikian ini diberikan kepada mereka yang melaksanakan hak-hak Allah dan melaksanakan kewajibannya sebagai hamba Allah.

Lailatut Ta’dziim (malam kemulian)

Nama ini diberikan oleh Taqiyuddin as Subki ra dalam tafsirnya.

Lailatul ghufraan wal ‘itq minan niiraan (malam pengampunan dan pembebasan dari neraka)

Keterangan ini disebutkan dalam kitab Tuhfatul Ikhwan yang ditulis oleh as Syeikh Syihabuddin Ahmad bin Hijazi Rahimahullah.

Dengan keterangan diatas kita dapat mengetahui betapa agung malam nishfu sya’ban itu. Sehingga ketika kita sudah mengetahui kemuliaannya maka hendaknya kita mempergunakan kesempatan umur dengan banyak beribadah pada malam ini, entah dengan sholat, dzikir, sholawat atau doa-doa yang biasa dibaca oleh kaum muslimin. Doa-doa itu ditulis oleh ulama pendahulu kita agar dibaca guna memulyakan dan menyemarakkan malam nishfu sya’ban sehingga umur dan waktu kita tidak berlalu begitu saja. Dan di dalam semua itu terdapat fadhilah dan pahala yang besar. Wallahu A’lam.

posted by jauhar @ 9:52:00 AM  
10 Gambaran Perempuan Dalam Neraka

1. Perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak kerana tidak menutup rambut daripada bukan mahramnya.

2. Perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tengkok) kerana menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya

3. Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya

4. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya

5. Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang

6. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang asing (halal nikah), bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain

7. Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana dia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah

8. Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta

9. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya

10. Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya

posted by jauhar @ 9:46:00 AM  
Peringkat Manusia Yang Mencari Harta
28 July 2009

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA MENCARI HARTA DUNIA


1. Golongan yang sesat
Golongan yang hanya percayakan kehidupan dunia semata mata,
tidak ada kehidupan yang kedua atau kehidupan hari
Akhirat. Kalaupun mereka percaya adanya kehidupan Akhirat,
tapi mereka menganggap bahawa kesenangan dan kesusahan
kehidupan di dunia ini yang menentukan kesenangan dan
kesusahan di Akhirat. Oleh itu mereka burulah kesenangan dan
kekayaan dunia tanpa batas.


Mereka hanya memikirkan makan, minum dan seks. Mereka
tidak akan memikirkan halal dan haram sama ada mencarinya
mahupun menggunakannya. Halal dan haram tidak ada di
dalam kamus hidup mereka. Mereka benar-benar tenggelam di
dalam memburu dunia semata-mata iaitu makan, minum dan
seks. Mereka itu ialah golongan seperti yang Allah firmankan
melalui Al Quran iaitu seperti binatang bahkan ada yang lebih
sesat lagi iaitu golongan orang kafir.


2. Golongan yang bakhil
Golongan yang merebut harta dengan tamak tapi masih menjaga
tentang halal dan haram, zakat dikeluarkan, masih menjaga
perkara-perkara yang asas, namun tidak sanggup dibelanjakan
ke jalan Allah Taala. Tapi dibelanjakan ke jalan haram pun tidak
juga, sekadar untuk kepentingan sendiri dan suka menyimpan.
Itulah golongan muslim yang bakhil.


3. Golongan yang tamak
Golongan yang merebut dunia yang masih menjaga usahanya
itu daripada yang haram, zakat tetap dikeluarkan, tetapi apa
yang didapati tidak puas-puas kerana ingin kaya hingga cuai
melaksanakan amalan yang asas di samping tidak dikorban ke
jalan Allah Taala. Ini golongan yang tamak.


4. Golongan yang lalai
Golongan yang memburu harta namun tetap menjaga amalan
yang asas dan usahanya juga halal tapi tidak mengeluarkan zakat
dan tidak dikorbankan hartanya ke jalan Allah. Itulah golongan
muslim yang tertipu atau lalai.


5. Golongan yang bersyukur
Golongan yang bersungguh-sungguh mencari kekayaan tapi
dengan tujuan untuk khidmat. Semua hal dijaga, ibadahnya yang
asas dijaga, usahanya halal, zakat dikeluarkan, dikorbankan ke
jalan Allah, pemurah kepada fakir miskin. Inilah golongan yang
bersyukur dan pemurah tapi hisabnya banyak.


6. Golongan orang soleh
Golongan mencari harta sekadar untuk hidup dan boleh
beribadah kepada Allah, tidak mahu mencari harta yang banyak
takut tidak dapat menunaikan kewajipan dan takut lalai
daripada Allah dan mereka pemurah pula, usahanya sangat
dijaga daripada haram dan syubhat. Itulah golongan orang yang
soleh dan pemurah.


7. Golongan pemalas
Golongan yang tidak suka bersusah-susah dengan harta dunia
tapi bukan pula kerana takut lalai, tidak juga kerana takut tidak
dapat menunaikan kewajipan. Kalau tidak ada dia meminta minta
tapi tidak pula dia mencuri, menipu dan sebagainya.
Ibadah tetap dilaksanakannya. Itulah golongan muslim yang
pemalas.


8. Golongan siddiqin
Golongan yang tidak ada usaha langsung kerana menumpukan
semata-mata untuk ibadah kepada Allah dan tidak pula
meminta-minta. Tentang rezekinya diserah bulat-bulat kepada
Allah. Bahkan ada kalanya orang memberi pun dia menolaknya.
Itulah golongan siddiqin.


9. Golongan fasik
Golongan yang tidak suka bersusah payah mencari rezeki, bila
tidak ada dia meminta, menumpukan ibadah tidak juga. Inilah
golongan yang fasik yang pemalas.


10. Golongan yang sentiasa lalai
Di dalam pada itu ada golongan yang memburu harta, kalau
dapat dia lalai, kalau tidak dapat pun dia lalai.


11. Golongan yang lalai bila kaya
Ada golongan jika dapat menjadi kaya dia lalai tapi jika tidak
dapat dia tidak lalai.


12. Golongan yang lalai bila miskin
Ada golongan yang apabila dia tidak dapat dia lalai, bila dapat
dia tidak lalai.


13. Golongan yang tidak lalai apabila hidup sederhana
Ada golongan jika dia kaya dia lalai dan kalau miskin pun dia
lalai tapi bila pendapatannya sederhana dia tidak lalai.


14. Golongan yang tidak lalai dalam suasana apa sekalipun
Ada golongan di dalam suasana apa dan bagaimana sekalipun
dia tetap boleh mengabdikan dirinya kepada Allah dan mereka
tetap tidak dilalaikan oleh kehidupan dunia. Golongan itulah
yang menjadikan dunia sebagai jambatan ke Akhirat.
posted by jauhar @ 9:59:00 AM  
Jawatan Kosong (muslim sahaja)
TEMUDUGA SEBAGAI: CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini...
posted by jauhar @ 9:46:00 AM  
Rahsia Solat Awal Waktu
27 July 2009
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
posted by jauhar @ 11:10:00 AM  
TENTANG SAYA

Name: jauhar
Home:
About Me:
See my complete profile
VIDEO PILIHAN
HALWA TELINGA
DOA PILIHAN
AKHBAR HARI INI
Previous Post
Archives
PAUTAN
MEDIA
BLOG j-QAF
APLIKASI DALAM TALIAN
SAHABAT
.::AL-SyaHaDaH::.
© 2005 Jauhari di sanubari anda... Blogspot Template by Isnaini Dot Com